Tuan dan Cik Puan yang dihormati.Ini adalah petikan dari akhbar Sinar hari ini.Mohon jasa baik marilah membantu hulurkan tangan ringankan beban.Walaupun tidak mampu dengan wang ringgit anda sendiri.Bantulah apa-apa saja pun boleh membantu.Bantuan seperti menghebahkan berita sedih ini kepada insan lain yang lebih berkemampuan.Hulurkan walaupun sedikit mungkin Tuhan akan ringankan bebanan anda dan permudahkan lagi urusan anda suatu hari.Ia lebih-lebih lagi dalam mencari rezeki .Insya Allah."HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN" walaupun sedikit.Share diFB anda.Sila klik "like".
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-mampu-sekolah-semua-anak-1.30418

SUNGAI TIANG – ‘Saya tidak mampu sekolahkan semua anak’ itulah luahan hati seorang ibu tunggal di Kampung Seberang Kubur di sini yang menghadapi kesempitan hidup sehingga dua anaknya terpaksa berhenti sekolah.
Siti Hajar Ibrahim, 36, mempunyai enam anak iaitu Shaza Azyan Azhar, 15; Syaza Azlyn, 14; Azman, 13; Syaza Amyra, 11; Aznan, 9, dan Nur Syazami Fitri, 7, yang terpaksa ditanggung seorang diri sejak suaminya, Azhar Ayob meninggal dunia hampir empat tahun lalu.
Menurutnya, menjadi tanggungjawabnya menyekolahkan enam anaknya itu namun, kesempitan hidup yang dihadapi menyebabkan dua anaknya iaitu Shaza Azyan dan Syaza Azlyn terpaksa diberhentikan sekolah.
“Dua anak saya terpaksa berhenti dari meneruskan persekolahan hampir setahun kerana saya tidak mampu menghantar semua anak kerana memerlukan kewangan yang banyak. Dua anak saya tidak boleh menyambung pelajaran kerana terpaksa memberi peluang kepada empat adik mereka untuk terus belajar,” katanya.
Siti Hajar berkata, sebagai ibu dia tidak mahu melihat anaknya tercicir dalam pelajaran namun, kesempitan hidup selepas kematian suami memaksanya berbuat demikian.
“Ketika suami masih ada kami sekeluarga menetap di rumah adik ipar saya dekat Sungai Petani. Dua anak saya itu sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir, Sungai Petani Kedah. Selepas kematian suami, ibu saya meminta supaya saya pulang menetap bersamanya memandangkan ayah saya sudah lama meninggal dan tiada siapa lagi yang boleh menyara ibu dan lima adik di sini,” katanya.
Menurutnya, setelah pulang menetap bersama ibu, dia bekerja di sebuah kantin sekolah sekitar Sungai Tiang namun, diberhentikan kerja.
“Saya masih lagi tidak bekerja menyebabkan saya runsing memikirkan perbelanjaan persekolahan anak kerana dua anak yang berhenti belajar itu tidak bekerja dan kami sekeluarga bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani sebanyak RM450 sebulan. Bantuan itu tidak mencukupi memandangkan saya dan seorang adik yang kini bekerja kilang terpaksa menyara 13 penghuni di rumah itu ditambah dengan keadaan rumah ibu yang usang,” katanya.
Siti Hajar berkata, dia juga mahu memohon bantuan rumah dari Lembaga Kemajuan Kedah (Keda) kerana mengimpikan rumah sendiri dan membina keluarga yang lebih sempurna.
Menurutnya, dua anaknya yang berhenti sekolah itu mahu menyambung sekolah seperti rakan lain.
Ibunya, Che Jam Abdullah, 56, berkata, dia meminta bantuan membaiki rumah daripada wakil rakyat sebulan lalu namun gagal kerana difahamkan bahawa kos bantuan yang dimohon adalah tinggi.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tak-mampu-sekolah-semua-anak-1.30418

Tiada ulasan:
Catat Ulasan